  
SEMINAR ASAS
Saya juga menyediakan pakej SEMINAR ASAS untuk mereka yang baru dalam dunia blogging. Maksudnya bagi mereka yang belum lagi terdedah kepada aktiviti blogging, seminar ini sangat sesuai untuk mereka.
Tahukah anda bahawa blogging boleh membantu anda menjadi penulis yang hebat?
Sedarkah anda blogging boleh menjadikan anda lebih berkeyakinan dalam mengeluarkan pendapat?
Percayakah anda kalau saya katakan blogging boleh melatih anda dalam memperkaya tahap penguasaan bahasa Inggeris?
____________________________________________________________________
Ini semua akan anda dapati dalam aktiviti blogging anda sendiri. Dan sama ada anda sedari ataupun tidak, aktiviti blogging semakin di minati kerana ramai yang menjadikannya sebagai ONLINE PORTFOLIO. Tapi mengapa saban hari semakin ramai blogger yang lahir dalam dunia internet?
Izinkan saya menjawabnya:
Sebenarnya, satu sahaja sebab yang boleh menyokong fakta ini iaitu tahap PENGGUNAAN INTERNET yang semakin meluas. Cuba anda bayangkan keadaan hari ini dengan 10 tahun yang lepas. Kalau dahulu internet di Malaysia ini hanya menggunakan “dial-up”, sekarang semuanya sudah di upgrade ke broadband e.g : broadband Streamyx.
Selain dari itu, kemudahan broadband modem yang semakin mudah di dapati juga sangat membantu pengguna internet dalam melakukan urusan harian mereka. Malah bagi mereka yang mampu, satellite broadband semestinya menjadi pilihan mereka (boleh mengakses internet dari merata tempat di seluruh dunia!)
Sekarang mari kita lihat statistik jumlah pengguna internet seluruh dunia termasuklah Malaysia:
 
 
____________________________________________________________________
Apa yang ada di dalam SEMINAR ASAS ini?
Baiklah.
Pakej seminar ini khusus untuk mereka yang baru ataupun tidak begitu jelas bagaimana blog boleh membantu mereka dalam menjana pendapatan tambahan. Jadi apa yang akan dikongsikan di dalam seminar nanti akan lebih tertumpu pada PENDEDAHAN dan POTENSI blog itu sendiri.
Saya juga menerima jemputan seminar dari semua kumpulan mahupun organisasi termasuklah:
1. Universiti kerajaan.
2. IPT swasta tempatan.
3. Rakan Muda – Belia Dan Sukan.
4. Badan-badan berkanun atau NGO.
5. Sekolah-sekolah, maktab dan sebagainya.
Dan jika ada yang kurang percaya dengan penerangan saya, maka dengan telusnya saya sendiri akan buktikan secara LIVE bagaimana saya menjana pendapatan melalui blog-blog yang saya miliki. DI bawah adalah antara topik-topik yang akan dikupas untuk SEMINAR ASAS Potensi Blog Dalam Menjana Pendapatan Tambahan:
1. Pengenalan Kepada Blog dan Potensinya.
– Blog percuma.
– Blog berdomainkan nama/perniagaan sendiri.
2. Ciri-ciri blog yang menghasilkan pendapatan.
– Personal blog.
– Niche blog.
3. Sumber-sumber Pendapatan Untuk Blog?
– Internet Advertising.
– Advertiser local dan international.
4. Promosi untuk Blog.
– Tanpa kos.
– Melibatkan kos. |
Seperti yang anda semua sedia maklum, kadang-kala memang terdapat kekeliruan di antara “personal blogging” dan “income blogging”. Ada yang mengatakan blogging sebagai aktiviti yang membuang masa dan ada yang mengatakan blogging ini lebih menimbulkan kontroversi.
Tetapi percayalah, itu hanyalah sekadar sebahagian dari dunia industri blogging ini dan menjadi tugas saya untuk menerangkannya kepada anda. Saya juga akan menunjukkan kepada anda mengenai seorang suri rumah yang berjaya menjana pendapatan purata RM3,000.00 setiap bulan dari rumah HANYA dengan meletakkan IKLAN advertiser di blognya sahaja!!!
Jika beliau boleh buat, mengapa tidak anda?
Adakan anda ingin melihat dan terus melihat?
Janganlah membuang masa yang terluang di rumah. Bertindaklah sekarang!!!
Jadi jika anda ingin menganjurkan sebarang seminar mengenai blogging, anda bolehlah menghubungi saya melalui ruangan HUBUNGI yang telah disediakan.
  
|